Assalamualaikum, have a nice iman. Hit me at shout box and I will hit you back. Let's start with Bismillah :D

Nov 16, 2012

#Tips Qiamullail

Assalamualaikum.

Aku nak share cara untuk buat persediaan bangun malam. Bukan bangun malam buta cari makan ataupun melepak mamak. Kalau cemtu takyah buat persediaan pun takpa. Kebaikan tahajjud ni, banyaaaakkkkkk sangaaatttttt. Biar aku cerita dulu tahajjud ni untuk apa sebenarnya.

Solat tahajjud adalah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau penghujung malam nak dekat subuh. Nabi Muhammad SAW adalah orang yang selalu melakukan tahajjud dan sering menggalakkan umatnya membuat solat tahajjud.

Tetapi satu perkara timbul ialah mengapa Allah tetapkan pada waktu malam, suasananya sangat sunyi, tenang, damai dan pada waktu inilah manusia enak dibuai mimpi. Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seorang makhluk yang bertuhankan Allah. Sesungguhnya ia bukan satu perkara mudah untuk bangun bertahajjud ketika orang lain enak dibuai mimpi. Namun bagi mereka yang mendalam rasa cintanya kepada Allah dan RasulNya, pasti mereka melawan hawa nafsu dalam apa jua godaan demi bertahajjud menghadap wajah, diri dan hati yang penuh ikhlas. 

"Pada sebahagian malam hari laksanakanlah solat tahajjud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Rabbmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji."
(Al-Isra: 79)

Tetapkan niat.

Bagaimana nak tetapkan niat. Berniat sungguh-sungguh dalam hati dan berdoa setiap kali selapas sembahyang yang aku nak bertahajjud! Sungguh-sungguh dan bukan kerana paksaan dari sesiapa. Bersemangat dan bertekad untuk melawan nafsu. Hindari malas.

Ikhlas kerana Allah.

Tiada paksaan. Bukan arahan atau suruhan sesiapa. Sebaliknya datang dari hati sendiri. Allah memperingatkan kita dari kesan bahaya menimpa orang yang melaksanakan ketaatan bukan keranaNya, tetapi kerana menginginkan pangkat, pujian, reputasi atau kedudukan di hadapan manusia.

Tidur awal.

Sebaiknya, selepas isyak terus tidur. Nabi Muhammad menggalakkan kita tidur setelah solat isyak. Ini kerana badan kita akan letih kalau bangun lambat, seterusnya menyebabkan kita tidur sehingga terlajak. Nabi Muhammad juga tidak suka bercakap banyak selepas waktu isyak. Ingat! Jangan cakap banyak lepas solat isyak. Nabi melarang malah mencela.

Tidur mengiring ke kanan.

Tidur sebegini adalah sunnah. Tidur meniarap adalah cara tidur ahli neraka. Mengiring ke sebelah kiri dilarang kerana paru-paru berada di atas jantung dan menghimpit jantung lalu ada masalah proses untuk jantung mengepam darah. Tak baik untuk kesihatan. Tetapi mengiring ke kanan digalakkan adalah kerana supaya kita tidak tidur dengan nyenyak. Barulah boleh bertahajjud kan kalau boleh bangun awal.

Ketahui solat tahajjud adalah pengusir kelalaian hati.

Lalai adalah penyakit kronik dan paling bahaya. Hati menjadi lalai apabila berlebih-lebihan dalam perkara mubah, tenggelam dalam pelbagai kesenangan dan mengabaikan munajat kepada Yang Maha Pencipta. Ketika itu, pengubat yang paling mujarab ialah bertahajjud.

Mengetahui kesungguhan Rasulullah ketika mengerjakan solat.

Rasulullah mengetahui kepentingan solat bertahajjud dan pahala yang besar disisi Allah. Oleh kerana itu, baginda sangat bersungguh-sungguh dalam mengerjakan qiamullail. Baginda melaksanakannya dengan tekun seakan-akan menyeru umatnya agar menjaga dan menekuni qiamullail serta tidak terlalu malas terhadapnya.

Itu je kot yang boleh dikongsi. Semua ni I ambik dari buku '111 Tip Untuk Mudah Bertahajjud'. This book is super awesome babe! Uols semua wajib baca.


Berjaganya mata bukan untuk mencari keredhaanMu adalah tidak berguna
Tangisannya bukan kerana kehilanganMu adalah sia-sia

Assalamualaikum, have a nice iman. InsyaAllah :D

No comments: