Assalamualaikum, have a nice iman. Hit me at shout box and I will hit you back. Let's start with Bismillah :D

Nov 11, 2012

Resipi Daging Chop Wallawehhh :D

Assalamualaikum.

Today nak share kat awok-awok semua resipi yang tite buat sendiri. *penampo* Okay, jeling sikit tajuk atas tu. Sumpah bajet. Eh eh ada wa kesahhh? HAHA :) Sebenarnya dah lama teringin nak buat lamb chop walaupun bukannya lamb tu. Daging korban ja. Yea, saya masih ada daging korban dan masih enak. So what?

Jadi, jeng jeng jeng....

Tolonglahhhhh.


                             

Ini adalah calon menantu pilihan. Buktinya? Buktinya depan mata. Nahh amekkau. Tak percaya lagi? Ini adalah hasil titik peluh aku *bukan peluh -.-' berhempas pulas macam nak pengsangggg. Sangat sedap dan simple bagi orang bujang macam aku. Yang tak bujang pun boleh try. Mana tau nak buat untuk wife anda sempena ulangtahun perkahwinan. I'm a big sure that she will like it. Apa lagi? Let start!

What chuu need le masak de daging. Aku namakannya..

Daging Chop Wallaweh Yummy beriberi POYO

Daging (potong nipis okhaayyy?)
Lada hitam
Rosemary
Origano
Kicap- 1 camca
Sos cili- 1 camca
Bawang putih (tumbuk)- 2 ulas
Kiub pati ayam atau daging (takda pun takpa)

Cara-cara
1. Make sure daging tu dibasuh bersih sesuci murni. Then taruk semua bahan dan perap 4-5 jam. Lagi lama lagi bagus.
2. Panaskan frying pan. Api kecil, supaya dalam daging tu masak. Then letak minyak atau mentega. Masakkan daging tu sampailah masak. Namapun masak. Opkos la sampai masak *bushhh!


Then, lets make le kuahnya. Kuah lada hitam. Memang nyummy habis wa bilang!

Kuah lada hitam
1 camca marjerin atau mentega
Sebiji bawang - potong dadu
2 biji bawang putih - tumbuk sampai lumat
2 camca tepung gamdum. *dont forget ayak dulu
1 cawan air *tengok kepekatannya
Lada hitam
Rosemary
Origano
Kiub pati ayam atau daging *kalau takda, pati ikan bilis pun jadilah!
Air lebihan perap daging *jangan buang!

Cara-cara
1. Panaskan marjerin dalam periuk, masukkan bawang merah dan bawang putih. 
2. Masukkan tepung dan air. Tengok pada kepekatannya. Kacau.
3. Masukkan lada hitam, origano dan rosemary.
4. Masukkan kiub pati then air lebihan tadi. Kacau sampai tak berketul the siapppp!

Seterusnya wedges. Yang ni perlu resipi kut. Aku pun guna instant ja. HAHA goreng goreng ajooo. Sorry coeslaw meme takda coz takda sayur apa pun. Kalau nak buat boleh ja. Kobis dengan carrot potong halus-halus then campur dengan mayonis dengan sos. Terangkat beb. Tambah sikit lada. A++ youuu!

So. Ini ja kot dalam segment #MasterChefOfkosMe episod pertama. Jangan lupa di hari lain pulak dengan resipi yang pastinya enak dan terbaikkkk dari ladang. Stay tune! 

PS: Maaf atas kekurangan resipi ni. Resipi di atas rekaan tuan punya blog yang asalnya diambil dari blog masakan lain, lalu digubah menjadi resipi sendiri. Kalau uols perasan, resipi ni takda guna garam atau gula. Ya, bagus untuk kesihatan.

Pikatlah hati bakal mak mentua dengan masakan anda. InsyaAllah mereka akan terangkat *hyperbola.

Assalamualaikum! Have a nice iman. InsyaAllah :D


No comments: