Assalamualaikum, have a nice iman. Hit me at shout box and I will hit you back. Let's start with Bismillah :D

Nov 10, 2012

Kalau dah jodoh tak kemana.

                              

Assalamualaikum.

Erm, agak-agak rindu tak? Okey tak payah tanya soalan annoying macam tu. Mestilah tak kan? T__T Btw makin hari makin rajin pulok aku mengepos pasal cinta. HAHA cuma lama tak buat dah. Now I'm back. Sila bergembira. -.-' 

 

Doa di atas adalah doa selepas solat dhuha. Solat dhuha ni bagus untuk bukak pintu rezeki. Aku pun jarang buat solat dhuha. Tapi apa salahnya kalau kita beramal dengan doa ni. Bagus sangat k pada sesapa yang nak dimurahkan rezeki. At least baca doa ni. Jangan lupa, baca doa ni waktu pagi nak ke tengahhari. Bukan subuh ya! Semoga hidup ni sentiasa diberkati Allah. Amin.

Kebanyakan gambar yang aku ambil ni datangnya dari facebook. Takpun google. Bukan yang aku punya. Kalau yang aku insyaAllah tunggu kejap k. Bukan taknak buat, setakat kalau background plain aja boleh la buat. Tapi kalau nak gambar kartun-kartun tu memang berjanggut lah nak tunggu. 

Today nak cakap sikitlah pasal TUTTTT. Eh, janganlah fikir ke lain. Pasal jodoh. Nowadays ramai yang menunggu jodoh kan. Tak kisahlah anda couple atau tak. Tapi anda akan berharap crush anda tu akan jadi seseorang yang halal. Crush tu admire lah lebih kurang. Budak-budak zaman sekarang punya bahasa. Eh aku? *abaikan. So, apa tindakan anda seterusnya? Duduk saja temenung macam ikan temenung? Ataupun kacau crush dengan text then kapel then buat dosa?

Fikirkan.

Sekiranya anda wanita berharga, takkan sesekali anda menjatuhkan harga diri anda dengan perkara maksiat. 

Iyalah. Kalau hari-hari mesej benda yang melalaikan, hari-hari sembang sampai habis kredit. Then what? Sekiranya anda rasa anda sangatlah berharga seumpama baju yang di show off dalam balang kaca yang sangat mahal dan eksklusif, you will not willing to do like baju kat bundle. Orang taknak campak-campak aje. Kennnnn? Jadi bangkitnya saya disini *gaya pidato* untuk menyelamatkan gadis-gadis suci murni diluar sana kerana bak kata Lisa Surihani "dirimu begitu berharga".

Jangan terpesona dengan keasyikan kumbang-kumbang yang hanya menghisap madumu saja. Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang. Girls, kamon la. You able to life without man. Because its your right to make decision. And and and *sigh

Apa kata kita berdoa kat Allah supaya dipertemukan jodoh yang baik, soleh/solehah. Ada satu doa ni yang boleh kita amalkan dari sekarang. Tak kisahlah uolls darjah 1, tapi kena mula dari sekarang. Mak I lewl bagitau. *mai dah gedik tu

                   

Selalulah amal-amalkan ye. Mana tahu orang yang kita suka tu suatu hari nanti akan jadi jodoh kita. InsyaAllah selagi berusaha, berdoa dan bertawakal, Allah akan tolong. Kalau betul jadi lah uols dengan crush, jangan lupa post dekat I kad kenduri. Cewah. :P

Semoga Allah pertemukan sesorang yang boleh membimbing kita ke arah jalan yang benar. Allah tak pernah lupakan hambanya yang selalu mintak pertolongan darinya. Cuma, harini dah sebut Alhamdulillah? Bersyukurlah kepada Allah Maha Pemberi Rezeki dan Maha Pemberi Kurnia. 

InsyaAllah, Allah mesti bantu. Jangan lupa solat, solat tu tiang agama. Para jejaka yang bakal bergelar suami, don't forget ah, solat is most important before shake a hand with tok kadi. Ingat! Jangan cuba pegang anak dara orang sebelum pegang tangan tok kadi. Sebab syaiton ada di mana-mana untuk menyesatkan para manusia. Syaiton ni cerdik untuk bab-bab harom, tapi kita mesti lebih genius dari dia untuk hindarkan diri. Kennn? 

Tiada manusia yang sempurna. Allah yang buat kerana ketidaksempurnaan membuatkan kita mencari pencipta.

Assalamualaikum. Have a nice iman. InsyaAllah :)



No comments: