Assalamualaikum, have a nice iman. Hit me at shout box and I will hit you back. Let's start with Bismillah :D

Nov 12, 2012

Alhamdulillah, ini yang dipanggil hidayah.

Assalamualaikum.

                                        

Aku sempat ber-IM dengan sahabat aku dalam Fesbuk. Tengah-tengah bercerita, tiba-tiba dia beri url blog kakaknya. Aku pun jadi teruja nak baca sebab aku memang suka jalan-jalan kat blog orang sebab cuti tak  pergi berjalan. So, dalam blog pun jadilah. :D Dia ada 8 beradik. Anak ke 6. Kakaknya anak ke 5.

What I've found?

Yes, ini yang nak aku ceritakan. Dulu kami berjiran. Dan dia adalah bestie aku masa sekolah rendah. Bila ke sekolah menengah, aku dah pindah dan kami pun tak sekolah sekali, so jaranglah berjumpa. Kakaknya as what I know, dulu pernah lari dari sekolah agama. Taknak sekolah tu. Kakaknya beza dari adik-beradik yang lain. Sosial sikit, pernah kena tangkap sebab buat date and so on.

Sebenarnya dah lama dah aku tau pasal penghijrahan dia. You know what, kakaknya sekarang berpurdah! Bukan lagi gadis yang dulu hidupnya penuh dengan dunia. Subhanallah. Inilah yang dinamakan hidayah. Aku hampir-hampir nak menangis baca kat blog dia pasal penghijarahan dia. 

                                                       

Hidayah perlu dicari, bukan ditunggu.

Betul, aku sangat terharu baca pasal kisahnya. Bagaimana dulu dia seorang yang lalai, sekarang bangkit menjadi seorang solehah dan bermujahadah dalam kehidupannya :') Ini true story. Dia sendiri mengakui betapa dia ingin berubah dan bangun bertahajjud. Ya Allah, bestnya kalau boleh jadi macam dia. Dia buat solat di sepertiga malamnya untuk mintak petunjuk. Dan dia yakin, walaupun ada yang tidak suka, Allah tetap suka kerana niatnya untuk mencapai redha Allah. Biarlah segunung penghinaan yang dilemparkan, dia yakin Allah sentiasa bersamanya.

Inilah yang kita nakkan untuk menjadi muslimah. Sedar pentingnya menjaga maruah. Ingatlah, walaupun kita tak mampu berpurdah, at least peliharalah aurat tu. Aurat adalah fitnah bagi seorang wanita. Jangan katakan belum bersedia, kerana ajal maut tidak mengira sama ada anda bersedia atau tak.

Rabbi yassir wala tu'assir. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita.

Gadis. Jangan hiraukan kata-kata orang apabila mereka memakimu. Mengatakan kamu kolot, tidak mengikut fesyen. Tapi, katakan pada mereka, kamu dilahirkan ke dunia dengan agama Islam. Lailahailallah. Tujuan kamu hidup, bukan kerana dunia, tetapi kerana akhirat. Kamu umpama membaja kebun milikmu sendiri. Masa inilah kamu mengumpul sebanyak mungkin hasil dari kebunmu sepertimana kamu mengumpul pahala. Jangan bazirkan waktu, jangan tersilap memilih baja, hindari makhluk perosak yang hanya merosakkan tanamanmu saja. Oleh itu, kamu harus bersiap sedia dengan apa yang mendatang.

Bukankah berpakaian sopan mengikut syariat? Katakan lagi, Allah yang suruh. Ini boleh membezakan antara orang Islam dan orang kafir.



Fikirkan. Ianya bukan hukuman, malahan bukan siksaan. Tapi suruhan. Apabila anda mendedahkan semuanya, para lelaki yang bernafsu buas akan membuka mata seluasnya. Sedangkan jika anda seorang gadis yang terpelihara auratnya, mereka akan berfikir banyak kali. Iyalah, mesti berlapis-lapis tu. Kann? Bijak tak Allah? Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana.

                         
                         

Gadis, ingat. Ini adalah syariat yang telah Allah tetapkan. InsyaAllah, jom sama-sama kita baiki kualiti hidup kita untuk menjadi seorang gadis solehah dan bermujahadah dalam hidup. Islam lebih kuat dengan adanya anak muda yang bersatu teguh menyampaikan syiar Islam. Mujahadah itu pahit dan syurga itu manis kan?

 “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”

Assalamualaikum. Have a nice iman. InsyaAllah :D

No comments: