Assalamualaikum, have a nice iman. Hit me at shout box and I will hit you back. Let's start with Bismillah :D

Nov 14, 2012

Berhijrah.

Assalamualaikum.

Salam maal hijrah semuaa. *lambai tangan* Anyone tahu hijrah keberapa? Apa? 2012? Nope, 1434. Yes, nombor yang cantik. Kan? Semoga bukak buku baru ni makin banyak pahala yang dapat kita kumpul. How bout yours? Tahun lepas cemana? Okey? Thumbs up! But not for me :( *sigh* Aku berharap sangat bila buka buku baru ni, aku dah tak macam dulu.

Sometimes aku terfikir, how long can I live like this? Ramai yang dah berubah, dah bertaubat. Aku? Betapa aku jahilnya sebab aku melupakan Tuhan pencipta aku. Aku rasa dunia kosong. Walaupun penuh gelak ketawa, tapi aku rasa sesuatu yang tertinggal. Aku taktau benda apa. Aku selalu nakkan syurga, tapi tak berusaha mendapatkannya. Aku selalu nak menjadi bidadari dalam syurga tu nanti, tapi aku tak buat apa-apa pun. Sebaliknya aku terus mimpi dan bermimpi. 

Siapa kata dengan internet melalaikan? For me, internet nilah yang menyedarkan aku. Aku mulai buka mata seluas-luasnya bila aku baca, dengar dan tengok apa yang ada dalam internet ni. Aku kagum dengan mereka-mereka yang mampu berdakwah melalui youtube, blog, facebook dan macam-macam lagi medium pendekatan yang digunakan. Dari situ aku belajar hadis, aku belajar cara mengurus hati, aku belajar menjadi seorang muslimah dan paling penting aku belajar erti kehidupan yang sangat singkat sebenarnya.

Tapi awas! Kadang-kadang ada hadis dan ayat al-quran yang tidak terbukti kesahihannya, lalu para remaja percaya dan menyebarkannya. Bukankah itu satu ilmu yang sesat? Jadi beware, sebelum percaya, search dulu mana-mana buku ataupun tanyalah pada yang lebih arif iaitu ustaz atau ustazah. Jangan percaya membabi buta. 

Aku cuma makhluk Allah yang biasa. Diciptakan oleh Allah daripada segumpal tanah dan pernah berjanji dengan Allah dulu. Sewaktu kita menjadi roh. Kenapa mesti kita mungkiri setelah Allah berikan peluang untuk kita hidup di atas muka bumi ni? Allah memang dah tetapkan segalanya di Luh Mahfuz. Adakah apabila kita dijamin masuk syurga, maka kita tidak perlu solat. Tidak perlu berbuat baik. Tidak. 

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka yang mengubahnya sendiri.

Marilah sama-sama berhijrah ke jalan yang benar. Sempena tahun baru ini, lakukan penghijrahan semaksima mungkin. Dapatkan mardhatillah. Bermujahadah dalam kehidupan. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Ayuh! Dapatkan syurga beramai-ramai. Jadilah muslim/muslimah kebanggaan kedua ibubapamu. Carilah seberapa banyak ilmu yang bermanfaat. InsyaAllah umat Islam boleh!

Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh/solehah.

Assalamualaikum. Have a nice iman, insyaAllah :D

1 comment:

Crack said...

Marilah sesama kita berhijrah ke jalan yang diredhai Allah...