Assalamualaikum, have a nice iman. Hit me at shout box and I will hit you back. Let's start with Bismillah :D

Jun 5, 2013

Resipi: Pavlova :D

Assalamualaikum,

Tadi pergi CIMB, bank in duit dengan kakak. Tiba2 terlintas kat kepala nak buat pavlova, apalagi, cepat2 pergi kedai jual barang buat kek dengan Tesco lah cari barang2. Mudah ja, tapi kena baaanyaaakkk hati2 sebab bukan mudah noks nak buat pavlova ni. Pavlova boleh diumpamakan orang yang simple tapi sensitif. Hiks. 

So.... 


Aku nak bagitau ni. pavlova ni ok. Cuma ada satu je error dia. Tau apa? Haaaaa aku tersilap beli whiping cream. Ok adik-adik, kakak-kakak, puan-puan. Ingat lah yang NON-DAIRY sepatutnyaaaaa bukan DAIRY huwarrrgghhhhhhhh memey dokleh jadi anak murid James Oliver lah cenggini.

Perbezaan whiping cream TEKAN SINI
Apa akan jadi kalau salah? Haa mai nak habaq, kalau salah, iaitu terlebih putar untuk DAIRY punya, dia akan berketul, dahlah berketul, dia cair pulak tu sebab terpisah antara lemak dan buttermilk.

Non-dairy ni untuk filling atas kek, pavlova and so on. Kalau dairy pulak untuk letak dalam minuman, ganache... pokoknya sesuai untuk topping lah. Jangan sesekali guna diary untuk buat filling durian crepe, memey berendam air matalah jawabnya. Sebab pernah salah juga, so ada pengalaman. Masa tu taktau lagi. Masa buat pavlova ni pun taktau lagi. Lepas dua kali error, baru terasa nak google. Pfffttt.

Ok lets start with bismillah..

APA YANG ANDA PERLUKAN?

4 biji telur ayam


Mementang aku letak sebungkus tepung gandum tak semestinya kau campak dalam tu sebungkus gak. 
1 sudu besar pun dah cukup.


Gula sepatutnya letak gula caster ya. 
3/4 cawan @ 175gm



Gambar ihsan google, terlupa nak tangkap.
1 sudu kecil cuka makan. Cuka makan ok! Bukan cuka getah! Heh.


Ihsan google gak.
1 sudu kecil vanila esen 


Aku guna stroberi ngan kiwi. Lagi banyak buah masam, lagi bagus sebenarnya. Ikut bajet.



Ok ingat, jangan error lagi. Sepatutnya non-dairy, bukan dairy. 


CARA-CARA..

Asingkan putih telur dengan kuning telur tu. Jangan ada siikkkitttt pun kuning telur yang pecah. Kalau ada, reject telur tu! Ok?
Lagi satu, jangan ada setitik air pun dalam meringue ni, nanti tak jadi. Ingat...!!!!! Ugut ni.

Pukul dengan mixer sampaaaaiiiii dia kembang. Macam ni.



Pastu tambah gula caster yaa. Putar lagi sampai kembang. Err sampai tertonggeng pun dia statik gak. 



Faham kan macam mana? Bila terbalikkan pun dia tak jatuh. Haaa ada paham?

Lepas tu masukkan cuka dengan vanila esen. Putar lagi.



Pastu ambik kertas minyak, tekap la mangkuk apa2 lukis dengan pensel. Terbalikkan, means guna belah yang tak tekap tu la. Masa ni dah boleh panaskan oven dalam 150celcius ikut oven memasing lah kan.



Kegunaannya untuk taknak bagi meringue tu terkeluar dari garisan, so adalah bentuk. Eh, aku pun tak faham ayat2 aku. HAHA -..-



Sementara tunggu kek masak, jom kita potong memotong. Hey, sedapnya sambil potong sambil ngappp!




Oh pavlovaku... bakar slama 1 jam ya.

Oh lagi satu, lepas bakar, biarkan ia sketika dalam oven sambil pintu oven terbuka sikit. Alah, naik kejap je ni, pastu turun balik. Hampehhh je. Pftttttt.


Lupa lak, pastu putar NON-DAIRY CREAM yaa sampai gebu, pastu letak atasnya, pastu taburlah buah as hiasan. Done! Semudah ABC, tapi aku punya APTB. Nasib sedap. Sobbbsssssss. Rasa luar dia crunchy, dalam dia macam marchmellow *eh aku taktau eja* Pastu maaanisss sangat dengan whiping cream, tapi diseimbangkan balik dengan buah2 masam ni. Sheeeeddddaaaaaappppppp.

Klah, ni je kut. Ada yang lain, titeww bagitau lain ya. Kboiiii..

Assalamualaikum, have a nice iman.

No comments: