Assalamualaikum, have a nice iman. Hit me at shout box and I will hit you back. Let's start with Bismillah :D

Dec 12, 2012

Aku terima nikahnya...

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, tadi berlangsung satu majlis pengikatan antara dua jiwa. Pengantin perempuan tu is my femily. Tapi tak tahu pangkat apa. HAHA macam tu pun boleh. So berlangsunglah acara ini di masjid err, tak pasti, di Pulau Pinang. Semua berjalan lancar, sebab sekali harung dengan kenduri belah laki. Okey memang pelik belah laki dulu then perempuan. Tu kan adat, tak berdosa pun kalau lari adat. Kan?

Rasa macam gambar atas ni untuk hiasan sebab nak berceloteh panjang pasal kahwin ni. Although iolls ni muda berhingusan lagi *eww tapi tetap nak potpetpotpet pasal ni. Hewhewhew :3 dasar!

Orang selalu kata, kahwin ni dapat mengelakkan dari maksiat. Yeah sangat betul. Buat apa hangkut anak dara orang sana sini dengan hubungan yang haram? Lebih baik kahwin terus. Tak kisahlah anda belajar, bekerja, separuh belajar separuh bekerja, tapi yang penting HALAL tu perlu.

Sebab apa? Allah dah pesan. Janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu perkara keji dan mungkar. ZINA. Yes, we are talking about zina. Look at yourself, and ask, did I do zina? Oh dont get wrong. I mean zina mata, zina hati, zina mulut, zina tangan, zina kaki and so on. Eh tahu tak pandang pun dosa, ia tergolong zina mata. Apatah lagi zina yang betul-betul zina. 

Hmmm, rasa kecewa sangat, bila zina dihebahkan secara bangga. Tahu tak date tu pun dah zina. Dah tahu still buat? Bertaubatlah... selagi pintu taubat masih terbuka. Selagi matahari tak timbul di belah barat. Allah is forgiving to those yang pernah buat silap. Selagi kita bernama manusia, mana ada yang tak pernah buat silap. Sebab tu Allah bukakan jalan. Jalan taubat :')

Kalau kita gagal dalam percintaan, janganlah sedih. Jangan bunuh diri atau melakukan sesuatu yang tidak Allah sukai. Sebaliknya, berbaliklah kepada Dia, pencipta kamu. Di mana bahagian cinta anda kepada Allah sekiranya seluruh jiwa dan raga hanya untuk kekasih? Mana? Justeru Allah inginkan anda bercinta dengannya dahulu. Belum tiba masanya untuk bernikah. 



Selalulah berdoa kat Allah agar dikurniakan suami yang soleh, beriman dan dapat membimbing kita sampai ke syurgaNya. Tak salah berdoa dari sekarang. Malah dianjurkan lagi. Mana tahu dimakbulkan Allah. Alhamdulillah, mesti sejuk mata memandang. 

So itu je kot. Dah ponat ni. Ha see? Aku kalau berleter, kejap je. Pastu penat tekan keyboard T___T Berjumpa lagi, salam alaik. 

Sincerely, Aesha

1 comment:

Izzah Haneefa said...

singgah sini balik. huhu..

betul2.. pelik budak2 skrang ni. hampiri zina berdosa, tpi org couple dikatanya sweet :/