Assalamualaikum, have a nice iman. Hit me at shout box and I will hit you back. Let's start with Bismillah :D

Nov 25, 2012

To My Future

Assalamualaikum.


Yeah, masih terlalu jauh untuk aku fikirkan. Tapi, aku nak jugak luahkan apa ja yang aku rasa. Its okay kan? HAHA -.- Idk how to start. Oh I know, lets start with Bismillah.

In the name of Allah the most gracious and most merciful.


Saya tidak sesempurna Siti Khadijah, kasihnya pada Rasulullah SAW sangat hebat sampaikan Rasulullah tidak pernah menduakannya ketika beliau masih hidup. Saya tidak setabah Siti Aisyah ketika menghadapi madu-madunya itu. Saya jugak tidak mampu menjadi Siti Fatimah yang cintanya pada Saidina Ali sangat kukuh. 

Saya hanya seorang muslimah yang mengimpikan mukminah. Saya ingin menjadi seorang yang bermujahadah dalam kehidupan. Saya hanya inginkan mati dalam Islam, dalam iman. InsyaAllah. Saya ingin sekali bertemu Rasulullah, saya merindui baginda :') Allahurabbi, indahnya jika aku dapat bertemu kekasihMu.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada orang yang melabuhkan cintanya padaMu. Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu. 

Wahai calon zauj ku, jika engkau benar kasih dan cintaku, bawalah aku jalan Allah. Nasihatilah aku jika aku ada salah kerana Allah. Perbetulkan kesalahanku kerana Allah. Bimbinglah aku kerana Allah. Lindungilah aku. Jadilah IMAM di setiap solatku. Limpahkan kasih sayangmu kerana Allah. Sesungguhnya aku hanya ingin menjadi zaujahmu yang solehah. 

Maafkan atas segala kekurangan diri ini. Aku hanyalah seorang hamba Allah yang sedang mencari redhaNya. Dia yang mengizinkan hati ini untuk mencintaimu. InsyaAllah, suatu masa nanti cinta halal ini akan kutemui. Ya Rabb, bimbinglah aku dalam mencari cintaMu. Kuatkanlah imanku untuk menghapus segala hawa nafsu. Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah. 

Jodoh sudah tercatit sejak azali lagi di loh mahfuz.


Again, one day. InsyaAllah :'D

Ya Rahman, titipkan rasa kasih sayang ini kepada hambaMu itu. Semoga sentiasa berada dalam rahmatMu.

Assalamualaikum, have a nice iman. InsyaAllah :D

8 comments:

Crack said...

Saya dah baca semalam...then baca lagik harini... kagum saya..

myliona said...

Ya Allah, malunyaaaaaaaaaaaa!

Anonymous said...

erm, bestnyaa. semoga dikurniakan lelaki yang baik :D

myliona said...

insyaAllah :DD

Unknown said...

luahan hati yg bagus n ikhlas..
sayu pulak baca entri nie.. hehehe

myliona said...

Ahak. terima kasih sudi membaca :D

9n0L4 said...

cantiknyeeeeee gmbr. sharp. :)

myliona said...

9n0L4. eceli ini semuaaa gugal. saya hanya kopipes :D hihihi