Assalamualaikum, have a nice iman. Hit me at shout box and I will hit you back. Let's start with Bismillah :D

Nov 2, 2012

Cinta Fitrah.

                                  
Assalamualaikum. 

Hai uolls. Saya tengah semangat ni nak bercerita panjang lebar tentang... emmm, paham-paham la yer. Dah nak cuti ni, so kenduri haruslah banyak sebab ramai yang nak kahwin. Ada tak yang nak kahwin? Ada? Haa? Tahniah sebab jodoh dah sampai. :) Allah memang dah tetapkan jodoh kita.

                                 

Bila fikir balik, hmm. Betul la. Kalau bercinta separuh mati since dalam perut mak dia lagi, kalau Allah tak izinkan, memang takda jodoh kan? Boleh jadi kita tak pernah kenal langsung bakal suami/isteri kita, tup tup jadi teman hidup. Allah dah tetapkan semua. Don't worry. 

Dan andai ditakdirkan kita tak ada pasangan hidup sampai mati, jangan risau, Allah akan sediakan di syurga nanti. Jangan bersedih k. InsyaAllah. Lately, banyak dengar kisah bercinta selepas kahwin. Oh, sangat-sangat sweet! Memanglah kalau tak pernah buat perkara haromm sebelum kahwin, perkahwinan yang dibina tu akan teguh kalah KLCC.

Boleh pandang-pandang. Duduk renggang-renggang. Bertambah sayang.

Couple. Memang haram. Takda dalil yang membuktikan kapel ni halal. Pergilah cari mana-mana kitab yang kata kapel tu halal. Tak ada! Kalau dah rasa menggeletis sangat nak kahwin tu, jumpaklah mak ayah dia. Lelaki yang bijak bukan dengan men'tacle' si wanita, tapi dia berusaha menambat hati keluarga si wanita tersebut. Cari jalan, buat istikharah dan banyakkan doa. Jumpak mak dan ayah wanita tersebut. Melamarlah pada ayahnya, bukan anaknya.

Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami

Nak kenal bakal suami atau isteri, couple bukanlah cara terbaik. Kalau kamu ber'couple', berkawan sehingga 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal dia. Yang kamu kenal hanyalah lakonannya. Kerana setiap yang bertunang atau yang ada perasaan sebelum nikah itu sedang berdusta. Tidak menjadi dirinya yang sebenar. Ketika ber'couple', kita hanya akan mengenal seorang pacar. Bukan seorang suami. Sebab itu buang masa saja ber'couple'. Dengan berkahwin, kita akan lebih mengenalinya dengan sebenar-benarnya dan se'detail-detail'nya. If you know what i mean.

Jadi, bagaimana cara seorang muslimah nak mengenali bakal suaminya?
Dalam Islam, ada konsep merisik. Maksud merisik di sini, kamu minta wali kamu samada abang, ayah atau datuk, tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia. Jadi, dia tiada peluang untuk menipu. Kamu juga boleh stalk facebook dia untuk tengok cara dia bercakap dan melayan perempuan lain di facebook. Akan tetapi, kita hanya mampu berhukum apa yang luaran, kerana Allah lebih tahu maksud dalaman seseorang. Maka, benda luaran yang boleh kita nilai sebagai kayu ukur, yang paling penting sekali ialah cara dia tawarkan cinta. Kalau caranya itu tidak meletakkan Allah nombor satu, bermakna dia hanya persembahkan cinta yang rapuh dan sementara. Cinta tersebut tidak akan memberi kebahagiaan.
Cinta itu boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Contohnya, jika dia tawarkan cinta kerana kecantikan anda, tidak mustahil nanti dia akan menjadi suami yang bermata keranjang. Begitu juga dengan lelaki. Jika perempuan tawarkan cinta kerana terpesona dengan kekayaan anda, jangan terkejut jika nanti dia menjadi seorang isteri pisau cukur dan materialistik. Jika suami dipecat kerja, dia tidak mampu nak hadapi susah senang bersama. Itulah bahayanya jika kita ambil sebab-sebab yang sementara kerana sebab sementara itu boleh lenyap. Bercintalah hanya kerana akhlak dan agamanya dan yang paling penting kerana Allah.
Masalah keruntuhan rumahtangga sebenarnya boleh dielak mulai sekarang. Kalau kita bercinta sebelum nikah, syaitan akan jadikannya sebagai modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita. Contohnya, jika kita berkahwin dengan orang yang kita couple, kita akan dapat azab curiga. Kita akan rasa sangsi dengan kesetiaan suami kita. Kerana sebelum berkahwin pun dia sudah berani mengorat anak dara orang (iaitu anda). Sebelum bernikah pun dia sudah berani membuka jalan-jalan menuju zina, apatah lagi selepas berkahwin.
Dan kalau kita bernikah dengan orang yang bukan kekasih kita dulu, akan ada sifat membanding-bandingkan yang mana lebih bagus. Bila ada kenangan lampau, susah untuk kita melupakannya. Itulah bahana ber'couple' sebelum nikah walaupun kita masih boleh berusaha untuk melupakannya. Sedangkan tidak adil kita membandingkan seorang suami dengan seorang kekasih. Sebab masa berkasih, yang kita cari hanya keindahan dan keseronokan. Setelah berkahwin, kita kenal kelemahan dan kebaikannya. Jadi, kita mesti cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Bersedia untuk terima dia seadanya dan hidup susah senang bersama.

Dipetik daripada kata-kata Ustazah Fatimah Syarha dalam Cafe Cinta. Jadikan kata-katanya sebagai pedoman untuk tingkatkan kualiti hidup. Say no to zina!


         

Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat. 


No comments: