Assalamualaikum, have a nice iman. Hit me at shout box and I will hit you back. Let's start with Bismillah :D

Nov 27, 2012

#Cerpen Kerana CintaMu (Part 1)

Bismillahirahmanirrahim. Semoga menemui cinta sejati kepada yang Esa :D

................

Ameena duduk di atas rumput. Pandangannya dihalakan pada awan. Awan berarak mendung. Nak hujanlah tu. Dia masih ralit memerhatikan segumpalan awan yang mega. Tumpuannya terhenti apabila bahunya dicuit.

Dia berpaling ke belakang. Marlisa tengah senyum sumbing. "Buat apa kak?"

"Mandi sungai." Sarkastik.

"Oh, ingatkan mesin rumput tadi." Marlisa terkekeh ketawa seorang diri. Ameena tersenyum disebalik niqabnya. 

"Yang kau gelak sesorang ni kenapa?"

Marlisa buat serius. "Opah ajak naik."

"Wait. Tunggu hujan baru akak masuk."

Daripada mencangkung, Marlisa mengambil tempat duduk di sebelah Ameena. "What are you think about? Nervous ye?" Marlisa sengih lagi.

Ameena diam. Reaksi wajahnya tidak diketahui Marlisa. "Kau kahwin dulu boleh?"

Marlisa angkat kening. Ewahhh. Dia ingat main kahwin-kahwin harini turn aku kahwin dengan kau, esok kau pulak kahwin dengan dia. "Dengan siapa? Kalau...."

"Kalau?"

"Kalau Ustaz Fahmi tu nak lah eden." Dia ketawa manja. 

"Ambiklah. Tu yang Kak Meen nak cakapkan."

Marlisa terkejut. "Gila!" Satu ayat tersembul. "Not I mean, whats wrong with you?"

"Kak Meen rasa macam tak boleh la. I'm not perfect. Kak Meen ada banyak sejarah sangat. You know kan. I'm not suitable for him." Lirih.

"Kak Meen, you know what, I'm very sure, you're the best woman that I've ever seen, deserve to get it. You're deserve to get him." Marlisa memberi kata semangat.

"No, I'm not!"

"Yes, you are!"

"Lisa!"

"Kak Meen!"

Mereka mengeluh.

"Did you have done istikharah?"

Angguk.

"So how?" 

Sebagai saudara kandung satu-satunya perempuan, mereka memang akrab. Marlisa adik manja yang selalu prihatin dengan Ameena. Suka berkongsi cerita, suka buat usrah sebelum tidur, suka masak sampai dapur nak pecah dengan keletah mereka. Papa dan mama, geleng kepala dengan anak daranya 2 orang ni. Suka buat kecoh lebih-lebih lagi si adik.

"Hati tu okey. Boleh terima. Cuma, masa lalu yang halang semuanya."

"Kak Meen... masa lalu adalah sejarah. Tak mungkin dapat kita kembalikan semula walau apapun kenderaan yang kita gunakan untuk ke sana. Lagipun Allah dah firman, 'lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat'. Trust me, Allah send him for you coz you deserve it." Kata-kata nasihat untuk tingkatkan semangat kakaknya.

Ameena memandang adiknya. "Jadi?"

"Jadi.... kita enjoyyy!" Marlisa bangun dan menghulurkan tangan pada kakaknya. Tangan bersambut dan tiba-tiba terlepas.

"Lisa!!!!!!!!!!!!" Ameena terduduk semula.

Marlisa ketawa mengekeh. Mereka berkejaran di kawasan laman rumah opah.

"Eh budak-budak ni. Apa yang kamu semua buat ni? Jom naik, tolong opah buat kuih untuk malam ni." Opah menjerit di beranda melihat telatah cucu-cucunya itu.

Mereka berhenti berkejaran. Ameena naik dulu diikuti Marlisa. Mereka memeluk opah sambil ketawa. "Opah nak buat kuih apa?"

"Adalah 2 3 jenis. Haa, lagi satu, opah nak kamu goreng bihun. Pastikan jadi tau. Kalau tak aku goreng kau orang berdua."

"Alright boss!" Marlisa buat tabik hormat. "Anything, madam?"

"No no, syukran." Mereka tergelak dengan gaya opah. Macam orang arab campur hindustan sikit-sikit.

................................

Selesai makan, mereka meneruskan hajat. Tanpa ditangguh lagi, Puan Rahani meletakkan sebuah kotak cincin bewarna merah. 

Opah terkejut. "Eh, katanya datang tengok aje."

"Kalau tak keberatan, saya nak meminang terus Ameena. Ini hajat dari Fahmi."

Fahmi tertunduk. Dia nampak begitu segak dengan perwatakannya yang warak. MasyaAllah, ciri-ciri suami mithali.

"Sekejap ya, saya panggilkan Ameena." Opah berlalu. Kemudian dia datang bersama seorang gadis yang berpurdah. Seorang lagi gadis mengekorinya. Ameena dan Marlisa bersalaman dengan semua wanita yang ada di situ. Mereka duduk bersimpuh dan bersebelahan. 

Puan Rahani datang dan duduk di sebelah Ameena. Dengan lafaz bismillah, purdah yang dipakainya dibuka. Fahmi hanya memandang sedikit. Dia tenang apabila uminya menyarung cincin ke jari manis Ameena. Alhamdulillah, gadis yang ditunggu bertahun-tahun itu sudah diikat menjadi tunangnya. Betapa gembiranya hatinya. 'Ya Allah, terima kasih kerana Kau mempermudahkan urusanku. Semoga cintaku padanya tidak melebihi cintaku padaMu.'

Usai majlis itu, Ameena lekas-lekas ke bilik untuk mengambil sesuatu. Dia mengirimkan pada opah untuk diberikan kepada bakal suaminya, Fahmi. Meskipun getaran di dada berlagu kencang tak habis lagi disebabkan 'majlis tunang' tergempar, dia perlu memberi surat itu. Berdoa supaya apapun nanti, keputusan Fahmi adalah tidak silap ketika melakukan istikharah.

Bersambung....

5 comments:

fangirl. said...

Novel ni hang buat or copy?

myliona said...

Weh pada arr nak copy. Tula hang taktau aku ni ada bakat penulis okehhh :D

Airis Hidni said...

Wuuu~ Untunglaa.. ahaha, best2.. Islamik

Airis Hidni said...

Wuuu~ Untunglaa, Islamik,

myliona said...

hahaha mana maen pegang2 nih :D